Want your
own Fotopage?











 
Makeup Academy 012.6222.082

By: BRIDAL MAKEUP ACADEMY

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 9-Jul-2009 10:48 Email | Share | Bookmark
THE OPPORTUNITY

Hello Makeup Lovers,

Sambutan berterusan dari anda semua terhadap Kursus Makeup anjuran syarikat comel kami membuatkan kami semakin kukuh dan teguh sebagai salah sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan aktiviti latihan solekan untuk anda semua.

Kursus solekan dibuka pada akhir tahun 2007, alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dan sehinnga kini kami telah pun mempunyai 280 peserta yang telah mengikuti kursus kami di seluruh Malaysia.

Kursus-kursus solekan kami telah pun di jalankan di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Penang, Johor Bharu, Kota Kinabalu, Sg Petani, Miri, Kuala Terengganu & Kota Bharu.

Solekan kami lebih dikenali dengan "Less is more". Penggunaan jenama makeup yang berkualiti juga memainkan peranan penting untuk setiap hasil makeup yang cantik. Terima Kasih pada jenama KRYOLAN & M.A.C. - 2 jenama ini begitu sinonim dengan "makeup artist" tersohor negara..

Hmmm peluang bersama MakeupBiz untuk anda mencipta nama juga diberikan, contoh terkini dari bekas pelajar-pelajar kami seperti HADA, LIZA, ARNI & NANI mendapat pendedahan bagaimana aplikasi makeup studio @ makeup untuk set penggambaran di lakukan.

Pengalaman ini dapat memberikan mereka lebih pendedahan dunia makeup selain dari aplikasi tatarias pengantin sahaja.

Saya juga terkilan kerana ISLAN (peserta lelaki dari JOHOR) tidak berkesempatan kali ini untuk ikut serta. Portfolio ISLAN telah saya hantar ke TV3 untuk permohonan sebagai Makeup Artist Residence. Insyaallah di harapkan permohonan ISLAN Berjaya hendaknya - Amin.


So guys, enjoy d pics... Gambar-gambar berikut lebih menguatkan lagi info-info yang telah saya beritakan...


Salam Ceria,
Mel Hatta



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.