Want your
own Fotopage?











 
Makeup Academy 012.6222.082

By: BRIDAL MAKEUP ACADEMY

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 31-Dec-2008 01:13 Email | Share | | Bookmark
KURSUS INTENSIVE EXPRESS - 19 Dec 2008 (KOTA KINABALU)



Hello Makeup Lovers,

Pagi ini baru saya dapat menarik nafas lega setelah di himpit kesibukan pada penghujung Tahun 2008. Semalam 03 Jan 2009, kami telah pun mengadakan photoshooting untuk koleksi baju-baju pengantin Pelamin Cinta Services. Penatnya rasa.. namun saya bersyukur kerana segala perancangan mengikut jadual. Nantikan wajah terbaru website perkhidmatan pengantin kami ya ...

www.pelamincinta.biz

Berikut adalah gambar-gambar peserta kursus Intensive Express yang telah di adakan pada 19 Dec 2008 di lokasi Kota Kinabalu.

Seperti biasa, kritikan pasti akan di utarakan kepada pihak kami. Namun, paparan gambar ini adalah hasil kali pertama peserta-peserta kursus jadi tatarias ini adalah dalam sessi pembelajaran.

Saya yakin, anda di antara peserta-peserta ini telahpun membuat lebih banyak praktikal untuk memahirkan lagi diri mereka untuk mendalami tekik-teknik tatarias yang telah kami kongsi bersama mereka.

SO... ENJOY

Love - Mel Hatta














































Hai..Mel..its me Wiltiah,interested tentang starter kit rm250..nk sgt2 that produk so akn sy maklumkn pd Mel bila2 masa ye n also abt the next course nti sy cal u k,tq Wed 7-Jan-2009 03:01
Posted by:well wiltiah@yahoo.com
honestly..all the collections ( make up testimony-before & after), should be improve in terms of, blending colour, eyes application, and shading for nose.. Tue 20-Jan-2009 10:13
Posted by:latisya
We thank you for your comment Latisya.

As this is part of learning process, we are unable to published professional makeup works in this portal.

Part of our particiants is purely '0' knowledge in makeup applications, and therefore all works done as per pictures published is our student's artwork.

We do believe in "Practise makes Perfect" and based on what they have gone through with us (the learning makeup process) will make them a better Makeup Artist in the near future.

Cheers - Mel Hatta (makeupbiz.net)
Wed 21-Jan-2009 00:51
Posted by:Mel Cinta mel@makeupbiz.net
View all 4 comments


Tuesday, 30-Dec-2008 13:21 Email | Share | | Bookmark
REGISTRATION FOR MAKEUP COURSE / PENDAFTARAN KURSUS SOLEKAN

COURSE : INTENSIVE EXPRESS (PROFESSIONAL MAKEUP)
- Limited to 20 students each session

Pendaftaran di buka sekarang (First Come, First Served Basis)!. Apa yang perlu anda lakukan?

SMS NAMA ANDA <jarak> KIE <jarak> LOKASI ANDA (KL, SABAH, JB, PENANG) ke 012 6222 082 (Kami akan menghantar details kursus)

DEPOSIT RM100 perlu di jelaskan untuk pengesahan kehadiran ke akaun MAYBANK -
NUR MELATI ::: 164717033053


Seterusnya, sebagai "confirmation" kehadiran anda, NAMA anda akan di pamerkan sebagaimana PARTICIPANTS LIST di bawah :

MAKEUP TOOLS + KIT PROVIDED (MAC & KRAYOLAN)

FEE : RM250
TIME : 10.30am - 5.00pm

DATE :






DATE :

19 / 20/ 21 December 2008 (KOTA KINABALU, SABAH)
- Best Western, KK Daya Hotel, Kota Kinabalu (Sila lihat peta yang dilampirkan)

PENDAFTARAN DI TUTUP PADA 15 December 2008

Participants List :: 19 December (Waktu : 08:30am - 05:00pm)

1) Babra Inchang (P)
2) Rahemah Segae (P)
3) Refinah Kiflee (P)
4) Nursyazhwatul @ Ira (P)
5) Davina Mandek (P)
6) Gloria M Mojuga (P)
7) Fathricka @ Fazilah Uwip (P)
Marjiline Awang (P)
9) Caroline Jeffrey (P)
10) Loborina Punjan (P)
11) Nadiawati Ainul Basri (P)
12) Suharty Abd Rakah (P)
13) Mohd Burhan Ayyub + Model (P)
14) Dulin Tinggolong (P)
15) Faridah Uting (P)
16) Nora Saini (P)
17) Siti Rajinah (P)
18) Vera Florence Juhim (P)
19) Norbaizurah Abd Jalil (P)
20) Angelique Johnny (P)




Participants List :: 20 December (Waktu : 08:30am - 05:00pm)

1) Samsiah Rosdy (P)
2) Filicia Misol @ Nasip (P)
3) Pelesia Petrus Umeh (P)
4) Mawarni Majadi (P)
5) Aisa @ Aisah Kurah (P)
6) Eldiana Kadil (P)
7) Sharifah Hafizah Sh Endra (P)
Sharifah Efarieza Sh Endra (P)
9) Samaria Francis (P)
10) Saimah Amat (P)
11) Nurul Asyikin Christina A Magabih (P)
12) Ira Aqeera Afdul Mutolip (P)
13) Mary Anne Baltazar (P)
14) Lonnie Marcus (P)
15) Shantini Rosdy
16) Suziani Kadil (P)
17) Wiltiah JL (P)
18) Jacintha JL (P)
19) Haidah Murshidi (P)
20) Laynnee Dobson


Participants List :: 21 December (Waktu : 09:30am - 05:00pm) - 12 PESERTA SAHAJA

1) Noraida Mohd Tahir (P)
2) Suriyani Sabidin
3) Kamellia Chuan
4) Rosalind
5) Jennifer Joseph Mijol
6) Sitti Aisyah Irawan
7) Mathilda Michael (P)
Fauziana Paulus (P)






2 DAYS PROFESSIONAL MAKE-UP COURSE - BASIC to ADVANCE
LOKASI :: BEST WESTERN KK DAYA HOTEL, KOTA KINABALU
(20 & 21 December) - Limited to 06 participants
Course Fee : RM550 + Please bring your own model

:: In order to enroll Professional Course, you must attend "Intensive Express" before proceed to next step.
:: What you'll learn ? 3 Make-up style - Natural Bridal Look, Glamour Bridal Look & Dramatic Bridal Look, 2 hairbuns, 1 style hair extension, YOUR MAKEUP PORTFOLIO! (18 pictures - we will do it for you)

1) Rosie Bernard
2) Puan Noor (P)
3) Rosnita (P)
4) Syalasiah Abd Raudin
5) Nusyazwathul (P)



PORTFOLIO? Lets know the details ::

Its contains 18 pictures inclusive you & your model while applying makeup & hairdo. & some pose by your model too.

Why you need PORTFOLIO? - To let your client view on your artwork (makeup + hairdo). Client ussually will satisfied to hire you as their Make-up Artist once they managed to get details on your artwork especially to compare the picture - BEFORE & AFTER MAKE-UP




CALL 012 6222 082 NOW FOR REGISTRATION
DEPOSIT IS REQUIRED
www.makeupbiz.net

hai..mel thankS sijil 2 dah smpai...i nak tya u kursus yg (pro ) yg keseluruhan 2 brape hhe?kursusnya 1 minggu kat pusat Antarabangsa 2 nant u kasi date skali...urgent Wed 20-May-2009 01:47
Posted by:azira (alor star) jazmraazie@yahoo.com
sya telah menerima sms daripada pihak tuan, adakah ini bermakna sya tersenarai dalam list peserta yang dapat mengikut kursus yang akan di adakan di johor bahru di grand blue wave hotel pada 23 mei 2009? Wed 20-May-2009 05:22
Posted by:nor imazatulain binti misran hardzila_j@yahoo.com.my
Assalamualaikum
hey kak MeL.. saya Zaila Dari Ipoh Perak , Sy Sungguh Berminat Untuk Menyertai Kursus Yang Di Sedia Kan, Jadi Di Mana kah Lokasi Seterus Nya & Bila Di kawasan Sekitar Ipoh Perak Pula? Boleh Kak MeL REPLY secepat mungkin & Thanks you so much..
Thu 21-May-2009 12:30
Posted by:zaila ellfyla@yahoo.com
View all 70 comments


Monday, 22-Dec-2008 15:35 Email | Share | | Bookmark
KURSUS INTENSIVE EXPRESS - 19 Dec 2008

Hello semua - di kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan anda paparan gambar-gambar peserta kursus di KOTA KINABALU, SABAH baru-baru ini. Alhamdulillah, sambutan yang warga Sabah berikan membuatkan saya terharu dan memberi saya lebih keyakinan untuk membesarkan syarikat saya yang comel ini agar lebih di kenali.

Di sebabkan penyertaan penuh, lawatan kali ini saya di temani Intan & Farah @ Along (she's only 16th). Along merupakan Make-up Artist Junior yang di latih oleh saya semenjak awal tahun 2008. Dan saya amat berbangga dengan pencapaian Along sehingga kini.

Kali ini saya berpeluang mengajar seorang peserta lelaki - Mr Glamour (I admire rambut beliau) - Mohd Burhan Ayyub @ Hans.

Tatarias aplikasi Hans sangat halus. Beliau memberikan komitmen yang jitu sewaktu kursus berlangsung. Hmmmm... saya berbangga memiliki peserta seperti beliau.

Seperti biasa, hilai tawa, usikan-usikan nakal pasti menjadi penyeri di dalam Kursus Jurusolek Professional anjuran Makeupbiz.

Saya akan upload lebih banyak gambar-gambar peserta kursus sesegera mungkin. TUNGGU YA!


Love - Mel Hatta, makeupbiz.net











































Saturday, 20-Dec-2008 16:25 Email | Share | | Bookmark
MOTIVATION - PART 1

"YOU WILL NEVER DO ANYTHING IN THIS WORLD WITHOUT COURAGE. IT IS THE GREATEST QUALITY OF THE MIND NEXT TO HONOUR" - Aristotle


Kota Kinabalu - 20hb December 2008.

Hola & Salam Ceria buat anda semua. Di bumi negeri di bawah bayu ini saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman-pengalaman yang boleh dijadikan panduan sepanjang saya memulakan karier sebagai Jurusolek semenjak tahun 2003.

Petikan kata-kata di atas saya dapati dari sebuah risalah yang di ambil ketika memesan kopi di San Francisco, Waterfront Kota Kinabalu kira-kira pukul 11.45pm hari ini.



KEBERANIAN -
hmmmm... sifat yang anda perlu ada untuk menjadi seorang Jurusolek yang berjaya. Kalau anda masih di takluki perasaan takut, sifat ragu-ragu yang tinggi, kebarangkalian untuk anda melakukan kesilapan ketika menyolek sangat tinggi.

Di awal pembabitan saya sebagai seorang Jurusolek, di sebabkan masih ditakluk dengan perasaan ragu-ragu, saya seringkali gugup bila ingin menyiapkan solekan pada pengantin. Lebih malang lagi bila menyolekan orang yang berpengetahun dalam bidang solekan. Pasti kecenderungan membuat kesilapan adalah 50%.

Saya pernah tersalah warna ketika melukiskan kening pada muka pengantin. disebabkan gugup, lukisan kening yang sepatutnya bewarna coklat telah tertukar dengan warna biru... hu hu hu... memang haru!





PENGETAHUAN -
kenapa ianya penting? Banyak Jurusolek yang saya temui terlalu mementingkan GLAMOUR semata-mata dan mengabaikan pekara yang sepatutnya. Seorang jurusolek perlu mempersiapkan dirinya dengan ilmu-ilmu kecantikan agar setiap tindakan (ketika aktiviti solekan) yang akan di ambil bertepatan dan tidak menimbulkan sebarang keadaan atau kejadian yang tidak di ingini.

- Kisah ini terjadi pada seorang teman saya, ketika kakak beliau melangsungkan perkahwinan, Jurusoleknya tertinggal gam bulu mata palsu. Mengambil jalan alternative, Jurusolek tadi menggunakan gam UHU untuk menampal bulu mata palsu agar persiapan pengantinnya lengkap.

Meskipun penampilan pengantin tadi nampak cantik dan lengkap, beliau menghadapi ketidak selesaan pada matanya. Keadaan bertambah buruk bila bulu mata palsu tidak dapat ditanggalkan selepas habis majlis.

Amat menyedihkan mendengarkan berita dari teman saya bahawa kakak beliau di masukkan ke hospital pada malam majlis perkahwinanya berakhir kerana bulu matu palsu yang ditanggalkan telah menyebabkan kelopak mata diatas bulu mata terkoyak dan perlu dijahit.

Pengetahuan dalam bidang solekan bukan sahaja sekadar teknik solekan, ianya merangkumi pengetahuan terhadap PRODUK MAKE-UP, PERALATAN MAKE-UP, JENIS-JENIS MAKE-UP, APLIKASI MAKE-UP dan juga pengetahuan yang paling utama dalam diri seorang Jurusolek adalah PENGETAHUAN ISU SEMASA!

Walau se-glamour mana penampilan Jurusolek itu tanpa pengetahuan atapun ilmu, dia cuma akan kelihatan gah pada masa yang singkat tetapi tidak meninggalkan sebarang kesan yang memberikan ingatan berpanjangan kepada orang lain terhadap dirinya.



PERHATIAN -
Di dalam setiap KURSUS JURUSOLEK PROFESSIONAL M.A.C & KRYOLAN anjuran syarikat comel saya, ada para peserta yang sedikit advance.. (mereka ini saya beri kredit kerana sangat efisyen), belum habis step yang Pertama, mereka ini telah melangkaui step ke Dua.

Akan tetapi tanpa perhatian yang sepatutnya anda berikan, kebarangkalian melakukan Kesilapan amat tinggi. Di sebabkan itu saya mungkin akan menjadi "Mak Tiri" buat seketika sewaktu mengajar. Ini kerana saya tidak mahu peserta-peserta tidak mendapat maklumat yang betul.

Perhatian juga perlu ketika anda berurusan dengan bakal pelanggan anda. Tumpukan perhatian pada permintaan mereka lebih-lebih lagi jenis @ gaya aplikasi make-up yang mereka inginkan. Jangan nanti apa yang pengantin anda mahukan - aplikasi SMOKEY EYES untuk bersanding tetapi di sebabkan ketidak prihatinan anda terhadap permintaannya, anda telah mengaplikasikan teknik Smokey Eyes yang heavy (selalunya teknik ini hanya sesuai untuk Printing Photography). Sudahnya pengantin anda kelihatan seperti mata Burung Hantu di siang hari - di bawah pancaran matahari...




Jam dah pun menunjukkan pukul 01:08 am. Banyak lagi info yang ingin saya kongsikan bersama anda, akan tetapi mata saya telah dihimpit oleh kepenatan yang teramat. Saya harus merehatkan diri sekarang, esok masih ada lagi satu hari kursus untuk di jalankan. Alhamdullillah, sambutan dari warga Kota Kinabalu is beyond my expectation.


Love - Mel Hatta

P/S : Intan & Farah (Along) - thank you for your great assistance! & To Kak Sue - thanks for the translation of my Make-up Notes (Last-last lupa nak bawa ke KK) hmmmm

- Adib, Afrina & Adreana - Ibu love u guys soooo much... thank you for being supportive towards my career path!


KOTA KINABALU - I'll be visiting you again in February year 2009


Thursday, 11-Dec-2008 15:46 Email | Share | | Bookmark
THANK YOU TO ALL VIEWERS






Sunday, 7-Dec-2008 00:53 Email | Share | | Bookmark
GAMBAR-GAMBAR PESERTA KURSUS "INTENSIVE EXPRESS"











Hehehe..ada lagi mahu di tambah.

Erm.. saya berharap di masa yang akan datang Mel dapat mengajar teknik solekan yang lain contohnya Teknik Solekan Siang, Teknik Solekan Malam, Teknik Solekan Majlis(dinner), Teknik Solekan ke Pejabat(yang paling saya inginkan kerana kdg2 makeup yang saya pakai ketika ke pejabat saya rasa ada yg tk kena),Teknik Solekan Smokey Eyes.
Selain daripada itu, saya berharap di kursus pada masa akan datang, Mel dapat ajar Teknik Membentuk Kening : Menggunakan Tools, Teknik Shading : Menghilangkan double chin, Membentuk Belahan Dagu ,Membentuk Wajah dan juga tips & tricks (hehe..tak sabar mahu masuk kelas Advance)

ok, tue jer... tq
Sat 20-Dec-2008 15:28
Posted by:Babra babe_pieces@yaho.com
Hehehe..ada lagi mahu di tambah.

Erm.. saya berharap di masa yang akan datang Mel dapat mengajar teknik solekan yang lain contohnya Teknik Solekan Siang, Teknik Solekan Malam, Teknik Solekan Majlis(dinner), Teknik Solekan ke Pejabat(yang paling saya inginkan kerana kdg2 makeup yang saya pakai ketika ke pejabat saya rasa ada yg tk kena),Teknik Solekan Smokey Eyes.
Selain daripada itu, saya berharap di kursus pada masa akan datang, Mel dapat ajar Teknik Membentuk Kening : Menggunakan Tools, Teknik Shading : Menghilangkan double chin, Membentuk Belahan Dagu ,Membentuk Wajah dan juga tips & tricks (hehe..tak sabar mahu masuk kelas Advance)

ok, tue jer... tq
Sat 20-Dec-2008 15:28
Posted by:Babra babe_pieces@yaho.com
Askum Mel...thanks for apa yg diajar sekarang zaza telah dapat sesuatu yg baru utk diri zaza....zaza akan meyusuli dgn teknik2 yg lain..zaza gembira bila ada kawan2 yg ingin memepelajari teknik solekan...(walaupun zaza kena marah2 sayang oleh Mel & Intan).............apa pun sekiranya tiada halangan zaza akan mengikuti kursus2 yg seterusnya......Thanks Mel & Intan..... Tue 20-Jan-2009 08:22
Posted by:Siti Norhanizah Mumin zaza_ryne@yahoo.com
View all 4 comments


Monday, 1-Dec-2008 12:09 Email | Share | | Bookmark
THE MAKE OVER FOR NURUL ZAFIRAH - CASUAL MAKE UP

Firah gadis yang tak pernah apply make-up yang heavy. This is light makeup for her sebab lepas tu nak balik naik LRT. Eventhou the look is casual, the application of foundation is quite heavy.

So nila Firah yang memang fotogenik.








Monday, 17-Nov-2008 23:01 Email | Share | | Bookmark
NOVEMBER 2008

Hello Make-up Lovers,

Seperti kelazimannya, bila hujung tahun menjelma, maka jemputan @ undangan perkahwinan pasti kita terima. Mungkin undangan dari sahabat handai mahupun ahli keluarga. Jadi di kesempatan inilah, pada bakal-bakal pengantin, mereka mengintai-intai mencari "Mak Andam" ataupun Jurusolek yang akan mereka dapat perkhidmatan mereka nanti.

Hujung minggu yang sibuk, telah membataskan pergerakan saya untuk memenuhi undangan dari "Maizura & Wan" di Bangi. Di kesempatan ini, saya mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU & SEMOGA BERBAHAGIA, BERKEKALAN KE ANAK CUCU". Maizura & Wan mengambil perkhidmatan Pelamin Cinta pada majlis bertandang nanti (23 November) di Bukit Changgang Banting, Selangor.

Selalu saya tekankan di dalam KURSUS bahawa kerjaya sebagai Jurusolek @ di kenali sebagai MAK ANDAM bukan untuk meraih GLAMOUR semata-mata. Kerjaya ini memerlukan SKILLS yang jitu. Penghasilan tatarias mestilah berkualiti dan kelengkapan @ alat-alat makeup haruslah merada dalam keadaan bersih (Hygiene).

TEKNIK . Kenapa teknik make-up itu penting? Tanpa teknik yang betul, tatarias yang akan anda aplikasi pada wajah pelanggan mungkin tidak menjadi sebagaimana yang di harapkan.

DULU, saban hari saya menatap wajah model-model di dalam majalah Pengantin. Tertanya-tanya dalam diri, "cantiknya aplikasi make-up, macam mana nak apply makeup seperti ini". Make-up Artist kegemaran saya seperti Adnan, Amy Janz, Sheila, Saidatul, membuatkan saya teruja untuk menjadi seperti mereka.

Alhamdulillah, dengan ketekunan dan beberapa bengkel @ kursus make-up yang telah saya sertai, saya rangkumkan segala "knowledge" yang telah di pelajari dengan menubuhkan MAKEUPBIZ.NET.

Semoga, Kursus anjuran syarikat saya yang comel ini terus mendapat sambutan & kepercayaan dari anda semua.

Salam Ceria - Mel Hatta



GAMBAR - GAMBAR PESERTA KURSUS





Tuesday, 4-Nov-2008 00:15 Email | Share | | Bookmark
GAMBAR PERSERTA KURSUS - KL & JB (08 & 09 October 2008)























Monday, 3-Nov-2008 23:47 Email | Share | | Bookmark
GAMBAR-GAMBAR PESERTA KURSUS - KOTA KINABALU (01 November 2008)




























[<<  <  1  2  [3]  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.